Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin tempatan PAS percaya, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas akan memberi kelebihan kepada PAS untuk memenangi pemilihan tersebut.

tengku razaleigh speech 110310 02 Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamed berkata Umno takut untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin veteran itu walaupun Tengku Razaleigh secara terang terangan telah mengambil pendirian menentang BN.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat apabila Tengku Razaleigh bertindak mempengerusikan  Jawatankuasa Kaukus Parlimen yang ditubuhkan untuk menyiasat isu royalti minyak Kelantan.

Bekas menteri kewangan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu juga sering menghadiri majlis anjuran Pakatan Rakyat berkaitan isu tuntutan royalti minyak Kelantan.

Awal tahun ini, beliau turut hadir dan memberikan ceramah di satu majlis yang dihadiri ribuan orang termasuk pimpinan tertinggi PAS negeri.

Persoalan yang timbul pada waktu itu ialah sama ada beliau telah melanggar disiplin parti Umno dengan menghadiri majlis dan menyertai gerakan yang dipelopori Pakatan.

Tengku Razaleigh antara lainnya didakwa sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.

azlan Pandangan itu disuarakan ahli majlis tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyebut, pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan tidak konsisten dan berlainan sebagaimana berbanding ketika beliau menjadi menteri kewangan sebelum ini.

Apa yang pasti, Tengku Razaleigh semalam dilantik mengetuai jentera pilihan raya pilihan raya kecil Galas, selepas kerusi itu diumumkan kosong berikutan kematian penyandangnya ematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima pada Isnin lalu.

Zulkefli berkata, keputusan meletakkan Tengku Razaleigh untuk mengetuai jentera BN mungkin dibuat memandangkan pengaruhnya masih kuat di kalangan pengundi di situ.

Namun, Zulkefli berkata Umno tidak pernah membuat keputusan seperti ini yang membelakangkan fungsi pengerusi perhubungan negeri.

NONE "Tidak pernah berlaku, pengerusi perhubungan negeri (Datuk Seri Mustapa Mohamad) pun jadi timbalan dia (ketuai jentera pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Seorang lagi pemimpin tempatan Husin Embong berkata, pelantikan itu akan menyebabkan Tengku Razaleigh berada dalam keadaan tersepit.

"Sebelah kaki dia di Pakatan Rakyat, sebelah kaki lagi dalam BN," yang bersetuju bahawa tindakan Umno meletakkan Tengku Razaleigh sebagai 'komander perang' juga merupakan satu kaedah untuk 'mendisiplinkan' putera raja tersebut.

Faktor sokongan Cina, Orang Asli

Perubahan sikap Tengku Razaleigh itu mungkin boleh diperhatikan daripada trend yang ditunjukkan oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12.

orang asli rights Zulkefli berkata, pengaruh Tengku Razaleigh telahpun semakin pudar di kalangan golongan peniaga, pekerja dan juga Orang Asli berdasarkan keputusan itu.

Jelasnya, PAS berjaya memenangi kesemua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu termasuk Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.

"Satu lagi peti undi di Pulai (majoriti bukan Melayu) kita hampir menang juga. Ini menunjukkan masyarakat Cina dan golongan pekerja banyak sokong kita," katanya lagi.

Di kawasan Orang Asli yang mempunyai kira-kira 2,000 orang pengundi pula, PAS berjaya memperbaiki kedudukannya dalam pilihan raya lalu, kata Zulkefli.

Keadaan ini membolehkannya PAS memecahkan dominasi Umno di parlimen Gua Musang dengan memenangi kerusi DUN tersebut. Dua lagi DUN -- Nenggiri dan Paloh masih dikuasai BN.

orang asli church to be demolished in kelantan 170910 present bamboo church "Orang Asli ini dikira sebagai penyokong kuat Ku Li, tapi sudah 20 peratus meningkat sokong kita (dalam pilihan raya umum ke-12).

"Contohnya, kita menang 40 peratus undi di Pos Hau dan 30 peratus di Pos Brooke yang merupakan kawasan penempatan orang Asli paling ramai. Kalau dulu kita hanya boleh dapat paling tinggi pun 11 peratus saja di kawasan ini," katanya lagi.

Dalam pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi. Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170).

Isu tanah, golongan peneroka

Zulkefli berkata, beliau tidak melihat banyak isu nasional yang akan timbul. Sebaliknya, isu tempatan melibatkan permohonan tanah oleh golongan peneroka akan mendapat lebih banyak perhatian.

Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak dapat menjangkakan berapakah jumlah peneroka yang masih berdepan dengan masalah untuk mendapatkan geran tanah.

"Tapi kita yakin permohonan mereka ini akan dapat dilihat dan diselesaikan oleh kerajaan negeri," katanya lagi.

kelantan adun galas che hashim sulaima Tambahnya, peranan yang dimainkan oleh allahyarham Chek Hashim dalam menjalankan khidmat kepada pengundi di situ telah menampakkan kesannya.

"Pusat khidmat beliau tetap berfungsi walaupun ketika beliau sakit. Bila sambut jenazah juga kita lihat ramai yang hadir, ramai yang kenang jasa dia," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai kekuatan organisasi Umno negeri yang bakal memberikan tentangan dalam pilihan raya yang bakal berlangsung, Zulkefli bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Nampaknya masih banyak berpuak-puak dan ramai yang berebut hendak jadi calon saja," katanya lagi.

Calon Umno

Semakan yang dijalankan Malaysiakini menunjukkan, beberapa nama telahpun disebut-disebut di kalangan kem Umno Gua Musang untuk mewakili BN.

Ketua pemuda bahagian Bazlan Baharuddin ketika dihubungi berkata ciri-ciri calon yang menjadi pilihan akar umbi tersebut adalah seorang anak tempatan dan tokoh pemimpin muda.

Menurutnya, antara tokoh pemimpin bahagian yang disebut-sebut boleh diketengahkan ialah setiausaha Umno bahagian Abdul Aziz Yusof, ketua Wanita Wan Hazani Mohd Noor dan ketua penerangan Bustaman Ibrahim.

azlan "Semua calon tersebut adalah berumur sekitar 40-an...Saya hanya calon underdog sahaja," katanya.

Bazlan berkata, senarai calon tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Umno bahagian selepas Tengku Razaleigh dijangka pulang dari luar negara pada 8 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Baharudin berkata setakat ini, pemuda Umno bahagian sedang bergerak secara tidak rasmi dengan mengenal pasti pengundi muda di kawasan Gua Musang mempunyai 29 cawangan dan lebih 7,000 ahli parti tersebut.

"Pemuda Umno sedang mengatur strategi untuk menarik pengundi muda dari Gua Musang yang tinggal diluar, terutama pengundi muda dari kaum Melayu, Cina, India, dan Orang Asal.

"Kita sedikit terasa apabila undi Orang Asal menyokong pembangkang dalam pilihan raya (umum) baru-baru ini. Kita akan kenal pasti masalahnya dan akan membuat tindakan susulan," katanya.

Ditanya mengenai peluang untuk merampas kerusi tersebut, Baharuddin berkata terlalu awal untuk beliau membuat sebarang ulasan.

"Peluang (untuk menang) ada. Setakat ini peluang 50-50," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS