Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Samy Vellu: Saya akan letak jawatan Januari ini
Diterbitkan:  Sep 30, 2010 2:12 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah mempercepatkan tarikh persaraannya daripada September tahun depan kepada Januari 2011.

samy vellu mic Ahli politik veteran yang ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum 2008 di parlimen Sungai siput itu mendedahkan rancangan peralihannya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan.

"Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC.

Supremo MIC itu sebelum ini pernah berkata beliau akan melepaskan cengkamannya ke atas parti itu antara September atau Oktober tahun depan setelah berkuasa 32 tahun.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G Palanivel membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC,” katanya.

NONE Palanivel ( kanan ), iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, yang duduk di sebelah Samy Vellu pada sidang akhbar itu, enggan mengulas sambil berkata beliau akan memberi komen pada satu tarikh kemudian.

Semasa Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan, Mei lalu, Samy Vellu dilaporkan berkata beliau akan melepaskan jawatan itu 'tujuh atau lapan bulan' sebelum penggalnya sebagai presiden berakhir pada Mac 2012.

Samy Vellu mula menerajui parti kaum India itu pada 13 Sept 1979 dalam kapasiti sebagai pemangku presiden berikutan kematian Tan Sri V Manickavasagam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS