Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno 'bapa judi' sebenar, dakwa PAS
Diterbitkan:  Sep 28, 2010 12:58 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

PAS mendakwa Umno sengaja mempolitikkan isu wang ehsan pemberian kerajaan Pulai Pinang kononnya daripada sumber judi untuk menyemai kebencian rakyat dan "melaga-lagakan" isu berkaitan agama dan kaum.

Sambil mendakwa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

pas muktamar 130610 idris ahmad "Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah tahi judi," kata Idris ( kiri ) beranalogi.

"Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggalkan dulu menjadi pendokong kerajaan judi."

Beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini mendakwa pemberian wang ehsan sebanyak RM100 oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Bagaimanapun, ketua menterinya Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, malah setiausaha politiknya Ng Wei Aik dilaporkan membuat laporan terhadap penulis blog yang mula-mula menimbulkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyatan hari ini, Idris juga menyifatkan Umno dan judi seolah-olah kembar Siam apabila bantahan ulama yang membantah loteri kebajikan sebelum ini tidak dipedulikan.

anti gambling no gambling Bagaimanapun, tambahnya, "sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan".

Ketua peneranagn parti Islam itu bagaimanapun berkata, pihaknya tetap tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malah pada 1990 apabila mula memerintah Kelantan, tiada lagi premis dibenarkan menjalankan aktiviti perjudian.

"Tindakan ini dibuat apabila (menteri besar)Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Buddha, judi adalah (turut) haram di sisi agama mereka," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS