Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahasiswa diseru ke Mahkamah Jalan Duta, esok
Diterbitkan:  Sep 27, 2010 7:32 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Seluruh mahasiswa sekali lagi diseru turun berhimpun di kompleks Mahkamah Jalan Duta, esok bagi mendengar keputusan perbicaraan kes empat pelajar sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

NONE Semua mereka iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah bdan didakwa menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mereka didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Bagaimanapun, keempat-empat mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik.

NONE Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, SMM mengambil pendirian untuk menyokong perjuangan empat orang mahasiswa berkenaan dan bersetuju untuk menganjurkan himpunan besar-besaran jam dua petang esok sebagai usaha menunjukkan kesatuan mahasiswa atas nama hak yang terkandung dalam perlembagaan.

"SMM mengharapkan agar seluruh mahasiswa, anak muda dan segenap warga Malaysia agar dapat sama-sama turun ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur esok untuk sama-sama kita dengar keputusan kes dan pada masa yang sama menyatakan sokongan untuk menolak penganiayaan yang telah dikenakan ke atas empat orang mahasiswa UKM ini," katanya dalam satu kenyataan.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 10 Justeru, katanya, atas semangat solidariti, SMM dan pertubuhan lain akan melakukan mobilasi mahasiswa daripada kampus-kampus lembah Klang – UM, UIA, UKM, UiTM, UPM, UNISEL dan UTM KL untuk hadir memberikan sokongan sekaligus memberikan isyarat bahawa Auku ini ditolak oleh golongan mahasiswa.

“SMM juga telah mendapat sokongan daripada NGO dan pergerakan anak muda yang lain yang akan turut memobilasi anak muda dan seluruh ahli mereka daripada seluruh negara untuk hadir memberikan sokongan.

“Justeru solidariti bersama harus dijana dan digerakkan supaya desakan dan tekanan untuk menghapuskan undang-undang zalim itu terus berlangsung,” kata Shazni Munir lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS