Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mengakui berlakunya beberapa kes 'tidak tertib' dalam proses pemilihan, sehingga terganggunya prosiding di beberapa cabang hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, mesyuarat agung (AGM) dan proses pemilihan di majoriti cabang PKR, berjalan lancar.

Katanya, keputusan di 159 daripada 166 cabang yang selesai

bermesyuarat sejak 17 September adalah mengikut peraturan walaupun berdepan dengan isu-isu seperti tidak cukup kotak undi.

Saifuddin mengesahkan AGM dan proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa  ditangguhkan kerana pelbagai isu, termasuk dakwaan perbuatan merosakkan kotak undi oleh orang luar.

Katanya, pihak parti telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto yang terlibat, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

Perkara itu, tambahnya, mendorong kepimpinan parti mempercayai kemungkinan ada anasir yang mahu mensabotaj bagi mencemarkan imej PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Saifuddin berkata, mereka memecah membuka kotak-kotak undi, menabur kertas undi dan beredar.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS