Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tarik larangan liputan kata NUJ kepada parti politik
Diterbitkan:  Sep 24, 2010 7:24 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) memperbaharui gesaannya supaya parti-parti Pakatan Rakyat menarik semula larangannya  kepada wartawan-wartawan yang bertugas di  akhbar-akhbar arus perdana daripada membuat liputan dalam acara-acara anjuran mereka.

nuj new president hata wahari Pada masa yang sama, presidennya yang baru dilantik, Hata Wahari - seorang wartawan dengan pengalaman 15 tahun berkhidmat dengan Utusan Malaysia berkata BN juga seharusnya membenarkan portal berita alternatif membuat liputan acara-acara anjuranya.

“Wartawan-wartawan di bawah naungan NUJ Malaysia merupakan wartawan profesional yang mendukung prinsip kebebasan media dan etika kewartawanan yang tinggi.

“NUJ  dimaklumkan bahawa larangan itu telah berkuatkuasa agak lama dan ia memberi implikasi yang buruk kepada standard kebebasan media di negara ini. Kesatuan juga berpendirian bahawa bahawa  setiap wartawan sama ada dari laman berita bebas seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider , akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar kecil serta akhbar yang diterbitkan oleh  parti-parti politik tidak harus dilarang untuk membuat liputan untuk apa acara sekali pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hata ketika dihubungi berkata beliau bersedia berjumpa dan berbincang dengan pemimpin kedua-dua pihak parti politik yang berseteru itu berhubung penarikan semula larangan berkenaan.

"Kita mahu berunding dan menetapkan garis panduan bersama berhubung apa yang wartawan boleh lapor,” katanya.

pas muktamar 55 general assembly 060609 05 Isu pengharaman beberapa pertubuhan media daripada majlis tertentu mencuri tumpuan apabila wartawan dari Utusan Malaysia dan New Straits Times , yang secara langsung dimiliki oleh  Umno, dilarang membuat liputan majlis anjuran Pakatan pada 2008.

Ia bermula dengan PKR melarang wartawan Utusan membuat liputan sidang akhbar di ibu pejabatnya di Petaling Jaya tahun berkenaan dengan alasan laporan berat sebelah.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP mengambil tindakan yang sama dengan melarang wartawan Utusan dan New Straits Times membuat liputan sidang media mesyuarat pasca-exconya.

umno agm egm 151009 leaders Namun, Umno juga secara konsisten melarang pertubuhan media bebas daripada membuat liputan perhimpunan agungnya dengan menafikan wartawan pas yang membolehkan mereka menghadri majlis berkenaan.

Portal beri alternatif dan berkecuali juga menghadapi masalah dengan kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN sehingga tahun 2008 apabila Kementerian Penerangan akhirnya bersetuju mengeluarkan kad perakuan media kepada wartawan mereka.

ADS