Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
Diterbitkan:  Sep 23, 2010 11:40 AM
Dikemaskini: 5:30 AM

Peguam veteran Karpal Singh mencabar kenyataan Majlis Peguam bahawa badan itu tidak boleh bertindak ke atas kehidupan peribadi peguam yang di bawah naungannya.

Sambil mengingatkan bahawa kerjaya seseorang peguam sepatutnya memberi keyakinan tinggi kepada orang awam, Karpal yang juga pengerusi DAP berkata adalah menjadi tanggung-jawab Majlis Peguam menapis mereka yang berperangai buruk.

karpal singh and bar council "Mana-mana peguam yang mendatangkan keburukan kepada profesion undang-undang, harus tidak disenaraikan. Majlis Peguam sepatutnya bertindak apabila ada bukti bahawa kehidupan peribadi seseorang peguam itu telah menjadikan kerjaya peguam itu sesuatu yang jijik dan buruk.

"Majlis Peguam tidak boleh dan tidak sepatutnya mengabaikan tindakan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Karpal berkata Seksyen 94(3) Akta Profesion Peguam memperuntukkan tindakan berhubung salah-laku terhadap kehidupan peribadi peguam.

Peguam yang mempunyai 41 tahun pengalaman itu juga membidas Majlis Peguam kerana gagal bertindak meskipun ada bukti terhadap salah-laku ahlinya.

"Adalah jelas ada seorang peguam di senarai itu, yang mana kehidupan peribadinya diragukan -  Mahkamah Rayuan juga mendapati beliau adalah pelakon lelaki yang dipaparkan di sebuah pita lucah.

bar council and jalan duta court complex "Namun, Majlis Peguam hanya membisu dan terlupa untuk membersihkan pencemaran di senarai itu,” kata Karpal yang jelas merujuk kepada bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Dewan Rakyat, DP Vijandran.

Vijandran, adalah bekas setiausaha agung MIC dan seorang peguam yang terus berkhidmat sehingga hari ini.

Menurut Karpal, peguam yang didapati bersalah dan telah dipenjarakan hanya boleh diterima oleh Majlis Peguam dalam keadaan luar biasa bagi “mengekalkan imej murni badan itu yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.”

Katanya lagi, majlis itu tidak sepatutnya mengecualikan kehidupan peribadi peguam daripada tindakan meskipun mempunyai bukti terhadap salah-laku mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS