Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pisau.net: Pemimpin DAP tak faham bahasa Melayu
Diterbitkan:  Sep 22, 2010 1:16 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Penulis blog yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang judi bagi membayar warga emas menuduh pemimpin DAP sebagai "chauvanis dan rasis” kerana tidak memahami artikelnya yang ditulis dalam bahasa Melayu.

penang lodge mcmc report against blogger 210910 ng wei aik Penulis blog yang tidak mahui dikenali itu secara sinis berkata dia sanggup membayaran yuran tuisyen bagi ketua menteri Lim Guan Eng dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik, agar mereka memahami bahasa Melayu.

“Inilah dia chauvanis rasis DAP selepas 50 tahun kita merdeka masih ada di kalangan mereka mereka ini tidak faham bahasa Malaysia.,” katanya.

Dia yang menamakan dirinya sebagai "editor" mempersoalkan mengapa Lim dan Ng “memutar-belitkan kata-kata dan menipu” apabila dia hanya mahu soalannya berhubung bayaran RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta keluarga yang meninggal dunia diberi pampasan RM1,000 dijawab.

"Mengapa takut jika (mereka) tidak lakukan kesalahan?” soalnya dalam artikelnya yang berjudul Wang Ehsan, Pusing Sana, Pusing Sini .

"Pembaca blog mesti memahami modus operandi kerajaan negeri haprak ini: yang secara tergesa-gesa membuat laporan bagi menunjukkan mereka tidak bersalah.

"Taktik lama itu dah basi; buat laporan (polis) tidak bermakna awak tidak bersalah. Jika tak buat salah mengapa mengelabah dan takut?” katanya.

Semalam, kerajaan Pulau Pinang mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SPRM) cawangan utara di pejabatnya di Butterworth mendakwa blog anti-Pakatan itu memfitnah mereka.

Aduan itu merujuk kepada dua artikel yang disiarkan iaitu - Gempar! Wang Ehsan 100, Warga Mas Makan Duit Judi? dan Kerajaan Negeri Tak Jawap, Boleh Percayakah Guan Eng? - yang dimuat-naikkan pada 17 September dan 19 September.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS