Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra memfailkan petisyen ketiga di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendapatkan pengisytihan bahawa pelantikan anakandanya Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan adalah tidak sah.

NONE

Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail memohon keputusan mahkamah tertinggi itu terhadap dua perkara berkaitan pelantikan Tuanku Muhammad Faris menduduki takhta ketika ketiadaan ayahandanya.

Param Cumaraswamy dari pasukan peguam yang mewakili Tuanku Ismail, berhujah bahawa Tuanku Muhammad Faris -  ketika menjadi pemangku raja - tidak  mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan negeri atau dalam kedudukan untuk melantik anggota Majlis Perajaan Kelantan.

Dalam dua petisyen sebelum ini - yang difailkan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini - dijadualkan untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Oktober dan petisyen ketiga dijangka didengar pada masa yang sama.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Param berkata pihaknya berharap panel penuh hakim di Mahkamah Persekutuan akan membincangkan isu tersebut yang mungkin memberi impak kepada negeri-negeri lain yang mempunyai sultan.

Menurutnya lagi, isu ini akan menjadi satu ujian kepada keseluruhan bidang kehakiman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS