Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi lima pencalonan sehingga  ini bagi jawatan presiden PKR hari ini dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.

NONE Anwar mendapat pencalonan terbaru itu daripada cabang Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan Rembau, Negeri Sembilan, dan dua cabang dari Perak - Parit dan Kampur - yang bermesyuarat hari ini.

Semalam ini, cabang PKR Arau, Perlis telah mencalonkan ahli parlimen Permatang Pauh itu untuk bertanding jawatan tersebut.

Sehingga ini, 52 cabang PKR telah selesai bermesyuarat dan 50 daripadanya telah mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan timbalan presiden, Tasek Gelugor mencalonkan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Dengan ini, penyelaras Pakatan Rakyat itu memperolehi 13 pencalonan setakat ini.

Bagi jawatan naib pula, cabang tersebut mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan naib presiden Azmin Ali.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS