Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Impak ikrar Pakatan Rakyat untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hanya berkesan jika mereka meletakkan calon berwibawa mewakili mereka.

NONE Penganalis politik James Chin percaya faktor calon amat penting, khususnya bagi PKR kerana sejarah silam yang dikongsi oleh rakyat negeri itu dengan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa menjadi timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad, Anwar dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan negeri pembangkang pimpinan PBS pada 1994.

Meskipun memenangi pilihan raya negeri Sabah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun dengan majoriti mudah, kerajaan PBS terus tumbang apabila pemimpin dan ADUNnya berpaling tadah ke BN.

"Rakyat mempunyai perasan berbelah-bahagi terhadap Anwar tetapi jika PKR boleh mengemukakan calon berwibawa, saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu,” kata Chin ketika dihubungi hari ini.

NONE Ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu pada malam Rabu lalu, Anwar bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah,” kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini.

Pemimpin nasional dan negeri Pakatan daripada ketiga-tiga parti - PKR, PAS dan DAP - menghadiri majlis itu tetapi parti bebas SAPP tidak hadir.

Menurut Chin yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Monash, ketidak-hadiran SAPP tidak memberi kesan asalkan semua mereka sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang.

sabah independence 16 september 1963 Katanya, ikrar autonomi itu agak signifikan di Sabah kerana sentimen tersebut masih kuat berhubung perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Malaya, Sarawak dan Singapura pada 1963 yang terus diketepikan oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun perkara itu kurang berkesan di Sarawak kerana ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengurangkan campur tangan persekutuan di negeri itu pada tahap minimum.

"Terdapat lebih banyak campur tangan persekutuan di Sabah kerana kerajaan pembangkang,” katanya yang merujuk kepada PBS.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS