Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan diri bersaing dengannya bagi merebut jawatan timbalan presiden parti itu berjaya dibuat dengan penuh "gaya" pagi tadi.
"Dia lakukannya penuh bergaya," selorohnya ketika ditemui dalam sebuah seminar mengenai integriti di sebuah universiti di Kuala Lumpur hari ini.
Diminta memberikan reaksinya, Zaid ( kanan ) bagaimanapun secara sinis berkata: "Ia pertunjukkan yang mengagumkan. Amat mengejutkan."
Azmin pagi tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan naib presiden di sebuah hotel di Kota Kinabalu dengan diringi sekumpulan pemimpin kanan PKR.
Walaupun ada yang menafikannya, sejak minggu lalu, beberapa wakil rakyat PKR telah muncul menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai pemimpin nombor dua parti itu.