Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ribuan pelajar di Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) di Kampar hilang peluang mendapatkan penginapan yang berpatutan berikutan tindakan jutawan Koon Yew Yin menarik balik tawaran RM30 juta untuk membina asrama di kampus universiti swasata itu.

Koon Yew Yin Menurut Koon beliau mempunyai hak untuk mengenakan syarat sebelum menderma kerana tidak mahu wangnya itu disalah-gunakan.

"Saya mahu memastikan asrama yang mampu diduduki oleh pelajar dibina di kampus universiti untuk manfaat pelajar Utar,” jelasnya.

“Tetapi bagaimanakan, dapat saya pastikan asrama itu nakan dibina (jika saya tidak mengenakan syarat?” soalnya.

Koon mendakwa kebanyakan pelajar tinggal di bilik yang disewa pada harga RM420 sebulan dan bagi menjimatkan perbelanjaan sebahagian besar mereka berkongsi bilik.

Jumlah itu, katanya agak tinggi jika dibandingkan status Kampar sebagai sebuah pekan kecil.

Beliau mengulas laporan dalam akhbar the Star semalam yang memetik pihak pengurusan Utar yang berkata jutawan itu tidak sepatutnya mengenakan sebarang syarat.

utar kampar Dalam laporan itu, Utar mendakwa kebanyakan pendermanya tidak menetapkan sebarang syarat bagi memberikan sokongan kewangan.

Menurut Koon laporan itu berat sebelah kerana tidak memaparkan penjelasan daripada pihaknya.

"MCA menguasai tanah di dalam dan juga di luar kampus Utar, jadi mereka tidak mahu wang derma saya. Bagaimanapun saya telah menarik balik tawaran saya, jadi tidak apa yang ingin saya perkatakan lagi.”

[Baca berita penuh]

ADS