Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Little India' dijangka selesai Oktober ini
Diterbitkan:  Sep 13, 2010 5:51 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Fasa pertama projek menaik taraf dan memperindahkan Brickfields menjadi 'Little India' dijangka dapat disiapkan sebelum lawatan bersejarah kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan India ke lokasi berkenaan bulan depan.

m saravanan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan berkata kerja-kerja itu kini mencatatkan kemajuan 60 peratus dan dijangka siap menjelang 15 Okt.

"Kerja-kerja memasang lampu, pintu gerbang dan pintu pagar utama sedang dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan projek itu bersama-sama Duta India ke Malaysia Vijay Gokhale di Kuala Lumpur hari ini.

Saravanan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari India Manmohan Singh, yang akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, akan mengunjungi Brickfields pada 27 Okt untuk merasmikan 'Little India.'

"Lawatan Manmohan ke Malaysia akan melonjakkan hubungan dan meneroka peluang untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang seperti perdagangan, perniagaan, sains dan teknologi antara kedua-dua negara," katanya.

NONE Beliau berkata kira-kira 20,000 orang dijangka menghadiri majlis berkenaan.

Saravanan berkata pancutan air tertinggi di negara ini, iaitu 7.62 meter, akan didirikan di kawasan itu.

Fasa pertama projek membabitkan perbelanjaan RM7 juta itu dimulakan Mei lepas untuk pembangunan sebuah kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Projek Little India dalam dua fasa bernilai RM35 juta membabitkan pembinaan premis perniagaan baru, sebuah kompleks letak kenderaan dan pembesaran jalan.

- Bernama

ADS