Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Portal pembangkang S'gor didakwa fitnah ahli majlis

Ahli majlis perbandaran Kajang Lee Kee Hiong membuat laporan polis ke atas sebuah lamanweb yang mendakwa mewakili pembangkang Selangor yang menuduhnya terbabit dengan beberapa kegiatan rasuah.

NONE Lee menuntut polis supaya menyiasat penulis lamanweb itu dan dakwaan yang dibuat terhadapnya demi membersihkan nama baiknya.

Laman Pembangkang Selangor itu mendakwa Lee merancang mengisi tabung DAP melalui cara yang korup termasuk bersekongkol dengan kontraktor bagi menaikkan harga pada invois berhubung beberapa projek kerajaan negeri di dewan undangan negeri Seri Kembangan.

Artikel bertarikh 1 September dengan judul 'Lee Kee Hiong Penjahat Sebenar Dalam DAP' mendakwa bapa saudaranya telah diberikan beberapa projek di kawasan kerusi yang dipegang oleh DAP itu.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Lee berkata artikel berkenaan bertujuan memfitnah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

NONE "Mereka tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam politik di negara mahupun di Selangor. Jadi mereka terpaksa menggunakan taktik kotor bagi mencemar nama baik saya, kata Lee yang juga adalah pengarah biro pendidikan DAP Selangor - jawatan yang dipegangnya sejak 2003.

Menurut peguamnya, V Ganabatirau , ini kali pertama fitnah seumpama itu dilemparkan ke atas Lee. Beliau percaya tindakan berkenaan bertujuan menimbulkan ketegangan kaum dan mempunyai unsur-unsur hasutan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS