Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan pemuda PAS pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu "pertemuan bersejarah" bagi menggesa supaya mahasiswa dibenarkan aktif berpolitik.

Students in politics, Pas Youth meeting with Saifuddin Abdullah Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata beliau gembira kerana Saifuddin menyambut baik tuntutan yang dikemukakan mereka dalam memorandum berkenaan.

"Ini merupakan langkah permulaan yang baik sebab kami dapat (peluang) beri pandangan kepada beliau," kata Nasruddin ketika ditemui wartawan.

Memorandum berkenaan antara lainnya menuntut supaya siswa "dibebaskan" dan dibenarkan berpolitik, termasuk menyertai parti politik.

Ia turut menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dihapuskan.

"Tidak keterlaluan jika mahasiswa juga dibenarkan menjawat jawatan dalam parti," katanya kepada wartawan di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya hari ini.

Nasruddin juga berkata, Saifuddin turut memberikan pandangannya dalam pertemuan selama kira-kira 40 minit itu.

Students in politics, PAS Youth meeting with Saifuddin Abdullah Tambahnya, beliau berharap Saifuddin akan "membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi sama ada ke Kbinet ataupun dalam Majlis Tertinggi Umno."

Katanya lagi, pemuda PAS telah lama berniat untuk bertemu dengan timbalan menteri itu.

"Kita perhatikan siri dialog dan ucapan timbalan menteri hampir senada dengan perjuangan kita untuk bebaskan mahasiswa daripada kekangan AUKU," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Pemuda PAS juga sedia bertemu dengan pemuda BN untuk membincangkan isu berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS