Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu terhadap sabitan hukuman ke atasnya atas kesalahan menggigit seorang anggota polis.

NONE Panel Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam penghakimannya kerana tidak mempertimbangkan semua bukti.

Suriyadi mempersoalkan bagaimana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha boleh membuat kesimpulan bahawa sabitan awal oleh Mahkamah Majistret adalah sah, tanpa melihat DVD yang merakamkan insiden tersebut.

Beliau berkata, DVD tersebut penting dalam isu terbabit dan hakim berkenaan seharusnya melihatkan DVD berkenaan.

Chua mempunyai 14 hari, mulai hari ini, untuk memfailkan rayuan melalui peguamnya, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS