Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Utusan, Umno politikkan 'tazkirah' Teo
Diterbitkan:  Aug 28, 2010 10:19 AM
Dikemaskini: 6:57 AM

DAP hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Umno mempolitik lawatan dan sumbangan derma ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada Ahad lalu.

ean yong going to shah alam police station 050110 01 Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dalam satu kenyataan membidas tindakan pihak berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta cuba merosakan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.

“Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramandan yang suci. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.    

Malangnya, menurut exco Selangor itu, niat ikhlas ahli parlimen muda berkenaan telah dipermainkan dan dijadikan sebagai satu isu politik dan perkauman dengan niat jahat.

Sehubungan itu, Ean Yong menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

NONE Dalam reaksinya semalam, Mais mengumumkan bahawa pengurusan surau itu telah diambil-alih pihaknya dan surat amaran juga telah dikeluarkan kepada Teo.

“Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang dan mengantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

 

“Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

 

Menurut Ean Yong sebagai tetamu, Teo akur dengan permintaan berkenaan dan hanya menerangkan maklumat tentang skim bantuan pinjaman pengajian tinggi yang boleh dimohon oleh  anak-anak negeri Selangor.

NONE “Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau,” katanya.

Sementara itu, Malaysiakini juga dihujani oleh panggilan telefon dan email oleh pembaca yang kurang senang dengan akhbar dan parti politik yang didakwa sengaja memainkan sentimen perkauman. Kata mereka, penggunaan perkataan ‘tazkirah’ bukan sahaja tidak tepat tetapi cuba menyemarakkan rasa marah orang Islam kepada bukan Islam.

Seorang daripada mereka - Azrul Abdullah, malah menyiarkan pautan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) mengenai fatwa ‘hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid.’

Berikut petikan fatwa berkenaan:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, petang semalam, mahu Majlis Agama Islam Selangor bertindak jika lawatan Teo dianggap sebagai bertentangan dengan peraturan, mencemar Islam dan sebagainya.

 

 

ADS