Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman Umno: Elegent Advisory gagal dapat rayuan

Syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegent Advisory hari ini gagal memperoleh kebenaran merayu dari Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan membatalkan saman RM218 juta terhadap Umno.

Syarikat itu mengemukakan tuntutan saman tersebut kerana Umno  didakwa gagal menjelaskan bayaran dan perkhidmatan semasa pilihan raya Umum Ke-11 pada 2004.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, berkata tiada persoalan undang-undang untuk dihujah bagi mahkamah itu putuskan sebagaimana peruntukan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, iaitu untuk mahkamah itu memberi kebenaran merayu.

elegant advisory barisan nasional posters in 2004 election 110808 Bagaimanapun, beliau menasihatkan syarikat itu sebagai 'orang tengah' dengan subkontraktor untuk melaksanakan perjanjian kontrak dengan betul melalui perjanjian sebelum meneruskan sebarang projek.

Hakim berkata syarikat itu bernasib baik kerana ia tidak disaman oleh subkontraktor, di mana peguam syarikat, Yusfarizal Yusof, berkata 'belum lagi'.

Malanjum, yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Seri Md Raus Sharif, memerintahkan syarikat itu membayar kos RM2,500 kepada Umno.

Bekas Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pada mulanya dinamakan sebagai defendan dalam kes itu, namun namanya kemudian diganti dengan bekas setiausaha pentadbiran dan kewangan Umno Datuk Ishak Abdul Rahman selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan syarikat itu untuk meminda nama defendan dalam saman itu tahun lalu.

kuala berang by-election 260804 elegant advisory posters Dalam writ samannya syarikat itu berkata ia terbabit dengan kegiatan membekal peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan, dan pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004, ia membekalkan Umno dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu berkata ia menghantar invois RM218,013,475 untuk mendapatkan pembayaran, namun defendan gagal membayarnya.

   

Terdahulu, Yusfarizal berhujah terdapat kontrak lisan antara syarikat itu dan Umno, dan barangan itu telah dihantar dan digunakan oleh parti itu.

Beliau memberitahu mahkamah responden juga mengaku telah menerima empat  penghantaran tempahan.

Katanya syarikat itu dan Umno telah berbincang untuk menyelesaikan kes saman itu di luar mahkamah, dan alasannya, jika kontrak tidak wujud, kenapa responden cuba menyelesaikan kes itu.

“Ini menunjukkan bahawa wujudnya satu bentuk kontrak, sekalipun lisan tetapi Umno harus bayar,” katanya.

Yusfarizal berhujah Umno telah membayar RM8 juta kepada empat subkontraktor yang dilantik oleh Elegant Advisory, kerana projek itu berdasarkan penghantaran tempahan tetapi enggan membayar jumlah wang yang diminta oleh syarikat itu.  

NONE Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Umno dalam hujah balasnya, berkata tiada persoalan undang-undang baru yang dibangkitkan oleh syarikat itu bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran merayu.

Katanya syarikat itu juga gagal memberikan terma kontrak lisan antara kedua-dua pihak dalam pernyataan tuntutan atau afidavit.

Mohd Hafarizam memberitahu mahkamah Umno tidak berhubungan dengan orang tengah bagi mendapatkan bekalan barangan pilihan raya.

“Kita (Umno) tidak berhubungan dengan orang tengah. Kita berhubung secara langsung dengan sub-kontraktor yang mencetak poster dan membekalkan barangan pilihan raya,” katanya.

Katanya, jika Elegant Advisory menuntut bayaran, ia harus dimohon bersama sub-kontraktor yang lain.

[Baca berita penuh]

ADS