Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lingam, bekas ketua hakim dapat semakan kehakiman

Dua bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama peguam Datuk VK Lingam berjaya mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam.

azlan Berikutan keputusan mahkamah rayuan itu, merit kes berkenaan akan diserahkan semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) untuk didengar.

Dalam penemuannya, panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, yang mengetuai panel tiga hakim itu mengumumkan keputusan mahkamah rayuan itu bukan sebulat suara tetapi berdasarkan keputusan majoriti 2-1.

Dua hakim lain adalah Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Hishamudin adalah hakim tunggal yang menolak permohonan berkenaan.

Tengku Baharudin dalam penghakimannya berkata mereka bersetuju dengan hujah Lingam bahawa seksyen 53, undang-undang mahkamah tinggi perlu diberi interpretasi yang lebih luas.

vk lingam ahmad fairuz chief justice video sequence Mahkamah juga memerintahkan supaya Lingam dibayar RM30,000 sebagai kos.

Pada 12 Dis 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan, dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam penemuannya, panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, lima yang lain mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula supaya hasil penemuan suruhanjaya itu dibatalkan.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan telah menarik balik rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini.

Pesuruhjaya berkenaan -- pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim -- bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu.

L vk lingam tape 3rd part 280108 ingam dalam permohonannya semalam berkata mahkamah rayuan perlu menyemak hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja bahawa beliau telah melakukan kesalahan jenayah, kerana ia merupakan serangan terhadap reputasinya.

Lingam berkata walaupun tidak pernah didakwa, reputasinya telah tercemar dengan teruk, oleh itu, mengikut perlembagaan persekutuan, beliau berhak dilindungi.

Beliau juga berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf apabila merumuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu bukan satu keputusan kerana isu berhubung ketulenan video klip terbabit secara jelas menunjukkan yang ia memang satu keputusan.

Oleh itu, beliau berkata hasil penemuan suruhanjaya berkenaan boleh disemak.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS