Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Masyarakat Bumiputera tidak seharusnya obses dengan kuota 30 peratus dalam ekuiti Bumiputera tetapi seharusnya menumpukan kepada kualiti pelaksanaan dasar berkenaan, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Sebaliknya, tumpuan yang lebih utama patut diberikan kepada pendekatan bagi meningkatkan pencapaian golongan itu, katanya dalam satu sidang media hari ini.

koh tsu koon 110310 press conference Beliau juga menujukan saranan itu kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang sering menimbulkan isu berkenaan.

"Daripada mengatakan itu dan ini kepada kaum lain, sepatutnya Datuk Ibrahim Ali beri tumpuan untuk perkasakan kemahiran dan daya saing secara lebih mendadak lagi kepada Bumiputera," katanya lagi.

Koh ( kanan ) berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau setuju dengan resolusi daripada Kongres Ekonomi Cina Malaysia pada 14 Ogos lalu yang mendesak supaya ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

"Kita boleh tetapkan sasaran, namun apa yang lebih penting adalah kualiti pelaksanaannya," katanya lagi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media sama, beliau sebelum itu berkata negara juga perlu meningkatkan daya saing ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan dan memastikan keadaan politik yang lebih baik.

"...supaya kita mendapat lebih banyak (hasil) untuk dibahagi-bahagian, dan semakin kurang (perkara) untuk dikelahikan," katanya lagi.

ADS