Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wang syariah: MCA cabar DAP nyatakan pendirian
Diterbitkan:  Aug 14, 2010 9:46 AM
Dikemaskini: 1:54 AM

MCA mencabar DAP untuk menyatakan pendirian berhubung isu perdagangan dinar emas yang akan dilaksanakan kerajaan PAS di Kelantan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan telus DAP diperlukan kerana sekiranya PAS berjaya menguasai kerajaan pusat, adakah mereka bersedia menggunakan sistem yang diasaskan parti Islam itu.

Beliau mca post cc meeting pc 130810 01 berkata, DAP juga tentunya bimbang berkenaan hubungan dagangan Malaysia dengan negara luar sekiranya sistem itu dilaksanakan sepenuhnya.

"Pelabur akan khuatir adakah PAS akan jadi parti pemerintah dan kalau berjaya jadi parti pemerintah, dia (PAS) bakal laksanakan sistem ini.

"Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan sistem yang bergantung kepada "wang syiling emas". Jadi, kita nak tanya apa pendirian DAP dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, lewat petang semalam.

Kh NONE ams lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata menjadi hasratnya melihat Kelantan sebagai negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Beliau berkata, adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urus niaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Chua berkata, sistem ini mungkin diterima kakitangan kerajaan negeri dan peniaga di Kelantan tetapi soalnya bagaimana pula penerimaan pihak luar, khususnya pelabur yang ingin melabur di negara ini.

"Persoalan di sini ialah, jika kerajaan negeri Kelantan benar-benar ingin melaksanakan sistem tersebut, apakah Malaysia masih akan dilihat sebagai negara perdagangan," katanya.

NONE Mengenai kontroversi yang melanda kerajaan negeri Selangor, khasnya dalam isu surat sokongan, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, ia merupakan satu sandiwara yang dilakukan DAP untuk meyakinkan rakyat.

Katanya, soal pokok dalam isu ini ialah Pakatan Rakyat telah gagal melaksanakan janji-janji kempen pilihan raya umum lalu di mana sekiranya berjaya memerintah mereka akan mentadbir secara telus, tanpa rasuah serta mengamalkan sistem terbuka dalam pemberian tander.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS