Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Media upahan Umno main isu peniaga Komtar
Diterbitkan:  Aug 12, 2010 1:33 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP-PP) menganggap laporan yang berkaitan isu peniaga Melayu di bangunan Komtar sebagai tidak lebih sebagai politik murahan Umno/BN untuk meraih sokongan pengundi Melayu di negeri itu.

NONE Menurutnya, rakyat termasuk di Pulau Pinang sudah muak dengan perangai  kepimpinan Umno/BN, selain cuba mengalihkan isu kenaikan harga barang yang ‘menjerut leher’ peniaga dan pembeli dalam  menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal.

Ketuanya, Yusni Mat Piah menuduh akhbar upahan Umno/BN telah mensensasikan berita tersebut kononnya Pulau Pinang di Pakatan Rakyat berlaku zalim kepada peniaga yang rata-ratanya Melayu.

Sedangkan, tembahnya, hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mewakili Pemuda Pakatan dengan ADUN Komtar dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan:

1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat 3 Komtar meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. NONE Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat 4 untuk Bazar Ramadhan, iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya.

"Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya kepada PDC.

"Tetapi ini tidak diberitakan, sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga tanpa belas ikhsan," tambah Yusni dalam satu kenyataan hari ini.

DPP-PP, katanya, merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan Umno/BN yang didakwanya saban hari  menyiarkan berita berunsurkan fitnah

NONE Sebelum ini, akhbar tersebut menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah dan kampung Melayu diroboh terutama isu Kampung Jalan Pokok Assam dan secara kosisten melabelkan kerajaan negeri sebagai anti-Melayu.

"Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri  (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media Pakatan?

"Inilah demokrasi ciptaan Umno/BN yang terus sombong walaupun sedang ‘nazak," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS