Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bagaimanapun, katanya keputusan itu tidaklah menghalang penuntut untuk mengetahui dan mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini.
"Ini kerana Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah memadai apabila mahasiswa boleh terlibat dalam kegiatan politik selepas mendapat kebenaran Naib Canselor,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tetap melarang penuntut IPTA walaupun ada gesaan agar mereka dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.
Muhyiddin berkata, pindaan AUKU sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada penuntut untuk bersuara di kampus.
- Bernama