Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hospital Shah Alam: Lagi sub-kontraktor ditamatkan

Pembinaan Hospital Shah Alam yang dibelenggui pelbagai masalah kini hampir pasti akan tertangguh berikutan khidmat sub-kontraktornya, GM Healthcare Sdn Bhd (GMH) ditamatkan hari ini.

NONE Menurut surat penamatan itu yang diberikan kepada Malaysiakini , kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd menamatkan khidmat GMH kerana gagal dalam melasanakan kerja yang diamanahkan.

“Untuk makluman tuan, kini kami telah menerima dua surat peringatan dan amaran bagi kemungkiran kontraktor dari pihak JKR atas kelewatan melampau dalam menyiapkan kerja,” petik surat berkenaan.

Notis penamatan perkhidmatan yang bertarikh hari ini ditandatangani oleh ketua pegawai eksekutif, Sunshine Fleet, Tengku Putri Arafiah Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor.

Pagi ini, kakitangan GMH diarah mengosongkan kawasan tapak pembinaan itu dengan bantuan pihak polis.

NONE Menurut ketua pegawai eksekutif GMH, Elvin Toh, tiada masa yang mencukupi diberikan bagi kakitangannya mengeluarkan barangan peribadi mereka serta peralatan syarikat.

“GMH telah memaklumkan semua sub-kontraktor dan kakitangan untuk mengosongkan tapak secara aman bagi mengelakkan sebarang konfrontasi atau kejadian yang tidak diingini,” kata Toh dalam mesej sms.

GMH adalah sub-kontraktor kedua yang ditamatkan bagi pembinaan hospital bernilai RM482 juta itu. Sebelum ini, khidmat Isyoda (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 21 Mei 2009.

Setakat ini kurang daripada 30 peratus daripada kerja-kerja pembinaan telah disiapkan.

Project ini mengikut perancangan sepatutnya siap pada bulan November ini tetapi Kementerian Kerjaraya telah menundanya sehingga Jun tahun depan.

[Baca berita penuh]

ADS