Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menjelang perlancaran dan ceramah membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah Pantai.

Mereka yang ditahan: Penyelaras Suaram Tan Moon Hui dan Ketua Pemuda PKR Batu Rozan Azen Mat Rasip ( bawah, berkaca mata ).

kerinchi protes arrest 090810 rozan mat sarip Menurut Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, mereka ditahan selepas enggan membuka pintu sebuah kereta (kanan) untuk diperiksa polis atas alasan kenderaan itu bukan milik mereka.

"Tetapi kami tidak pasti sebab sebenar mereka ditahan. Peguam kami Latheefa Koya sekarang berada di balai polis Lembah Pantai untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu.

Polis kemudiannya memaklumkan, mereka ditahan kerana tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Brickfields.

Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES), Dr Hatta Mohd Ramli menyifatkan penahanan itu sebagai taktik untuk menakut-nakutkan orang ramai.

kerinchi protes arrest 090810 tah moon hui "Kita tidak tahu apa sebab mereka ditahan. Tapi saya pasti ini antara taktik menakutkan orang ramai," katanya yang juga ahli arlimen Kuala Krai.

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, walaupun program itu bukan berbentuk demonstrasi tetapi lebih kepada edaran risalah, namun kehadiran polis luar biasa dengan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

"Pada mulanya saya ingat mereka menyokong kita, malangnya tangkapan dibuat. Kita cuma nak sampaikan informasi kepada orang ramai, seharusnya tak dapat tentangan," ujarnya.

Protes menganjurkan Kempen Bantah Harga Barang Naik: Selamatkan Rakyat di Pasar Malam Flat 17, Kampung Kerinchi, Lembah Pantai bermula jam 6.00 petang tadi.

NONE Kira-kira 20 aktivis Protes membahagikan risalah kepada pengunjung pasar malam itu.

Kampung Kerinchi dipilih tempat pertama kempen Protes  kerana para penghuni di kawasan itu kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah.

PROTES dijadual membuka gelanggang dengan mengadakan ceramah sulung bagi kempen protes kenaikan harga barangan, selepas dilancarkan pada 28 Julai lalu.

Program anjuran itu menggariskan lima tuntutan kepada kerajaan sebagai bantahan ke atas kenaikan harga bahan api dan gula pada pertengahan Julai lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS