Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kematian bekas ADUN, motif hampir dikenalpasti
Diterbitkan:  Aug 6, 2010 10:04 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Polis hampir kenal pasti motif kematian misteri bekas ADUN Permatang, Datuk Aziz Mohd Noor dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, kelmarin, lapor Berita Harian Online .

NONE Ketua Polis Selangor,, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan polis terhadap kes kematian itu kini sudah 90 peratus siap.

Beliau juga mengulangi bahawa tiada pihak ketiga terbabit dalam kes kematian Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang.

Semalam, Khalid berkata, siasatan polis hanya menjurus untuk mencari motif tembakan terhadap kedua-dua mangsa.

Katanya, polis juga sedang merakam percakapan beberapa saksi antaranya orang pertama tiba di tempat kejadian dan orang yang melihat kenderaan mangsa terbabas di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekatShah Alam.

Dalam pada itu, bercakap kepada pemberita selepas Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2010, semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan mana-mana pihak agar tidak membuat spekulasi berhubung kes itu.

NONE Katanya, polis akan memaklumkan hasil siasatan kes itu selepas laporan bedah siasat kedua-dua mangsa diperoleh.

"Seperti yang diberitahu sebelum ini, tiada orang ketiga terlibat dalam kes itu. Jadi jangan buat sebarang spekulasi, kami akan maklumkan hasil siasatan selepas mendapat laporan bedah-siasat kedua-dua mangsa," katanya.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan sama ada Abdul Aziz menembak dirinya sendiri setelah melepaskan tembakan ke arah bekas pembantu peribadinya itu.

Pada kejadian pada jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat Kuala Lumpur.

Polis azlan turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 yang dipercayai milik Abdul Aziz dalam kereta itu.

Mengulas mengenai had umur yang ditetapkan terhadap individu yang ingin

memiliki lesen senjata api, Musa berkata tiada had umur yang ditetapkan.

“Tiada had umur. Tetapi mereka yang ingin memiliki lesen senjata api perlu mendapatkan surat sokongan dari doktor kerajaan yang menyatakan mereka ini mampu untuk mengendalikan senjata itu...iaitu mesti sihat dari segi mental dan fizikal," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS