Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sidang Perak sekadar cop mohor lulus RM80 juta
Diterbitkan:  Aug 5, 2010 10:19 AM
Dikemaskini: 3:20 AM

DAP mahu kerajaan negeri Perak mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minimum persidangan dewan negeri supaya badan perundangan itu tidak lagi dijadikan sekadar cop mohor atau ‘ rubber stamp ’ semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.

NONE Setiausaha DAP Perak,, Nga Kor Ming yang juga ADUN Pantai Remis melahirkan perasaan kesal dengan tindakan kerajaan negeri, Selasa lalu yang hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan membabitkan RM80 juta wang rakyat.

“Kerajaan negeri BN juga gagal memberi peluang berbahas yang mencukupi kepada ahli-ahli dewan...adalah tidak masuk akal bahawa persidangan dewan yang begitu penting hanya berlangsung satu hari sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua hari lalu, sidang DUN Perak meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan negeri itu mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta.

NONE Nga juga mengutuk keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Zamry Kadir yang enggan bersidang empat hari seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat supaya semua ahli dewan diberi peluang untuk berucap.

“Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Nga, adalah tidak munasabah apabila selaku ketua pembangakang Perak, Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin hanya diberi masa 15 minit oleh speaker, Datuk G Ganesan untuk berucap.

Semua ahli dewan lain pula hanya diberi masa 10 minit di mana amalan kuku besi sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip asas sistem demokrasi berparlimen, tegasnya.

“Parlimen mengambil  masa 40 hari berdebat untuk meluluskan bajet, tetapi sidang DUN Perak cuma satu hari sahaja, saya percaya ini satu lagi rekod dunia.

NONE “Sepanjang masa persidangan, microphone Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung  di atas bangunan seperti akuarium, seluruh dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini dewan negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur di Perak berikutan rampasan kuasa,” katanya..

Menurut Nga, konvensyen Parlimen dan amalan biasa, ketua pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang secukupnya untuk berhujah.

Sebagai contoh, katanya Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan ketua pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya diperuntukkan 15 minit sahaja.

NONE Persidangan dua hari lalu itu juga menyaksikan Nizar Jamaluddin diusir keluar kerana mahu terus membahaskan rang undang-undang itu meskipun masa hanya 15 minit yang diperuntukkan telah tamat.

Serentak dengan pengusiran itu, semua 27 orang ahli dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan meninggalkan dewan sebagai tanda protes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS