Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perbicaraan Ling: Dr M sedia beri keterangan
Diterbitkan:  Aug 3, 2010 5:20 PM
Dikemaskini: Aug 4, 2010 2:57 AM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian.

azlan "Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak,” kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini.

Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub”.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

"Saya tidak tahu sama ada dia memperdayakan kabinet atau tidak. Dia hanya telah didakwa, sama ada bersalah atau tidak, tidak tahu,” katanya.

Mahathir juga agak keberatan bila ditanya sama ada langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi memastikan jemaah menteri tidak begitu mudah diperdayakan.

NONE "Banyak perkara yang berlaku tanpa pengetahuan kabinet,” katanya sambil melemparkan senyuman sinis.

Menurut beliau, Perdana Menteri lazimnya terpaksa menanggung segala keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri.

"Tetapi ada had terhadap tanggungjawab ini kerana ada banyak perkara yang perdana menteri tidak tahu,” katanya.

Jika berbuat demikian, ini bukan kali pertama Mahathir akan memberi keterangan di mahkamah.

Kali terakhir, beliau tampil ialah pada tahun 2008 ketika inkuiri suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pita video VK Lingam. Namun bekas perdana menteri itu banyak mengelakkan diri daripada menjawap.

Alasan beliau ialah tidak ingat atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk menjawap soalan berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS