Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempertahaan kenyatannya yang mengaitkan DAP dengan "samseng lombong pasir".

khir toyo interview 280408 "Setahu saya, mereka perlu tunjukkan ketegasan dalam mengurus (isu) perlombongan pasir haram.

"Jika tidak, ia hanya menunjukkan mereka terlibat," katanya yang juga bekas menteri besar kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau juga tidak mengendahkan ancaman saman oleh parti itu, yang mencabarnya menamakan pemimpin DAP terbabit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan samseng.

Katanya, oleh kerana kenyataan itu perkara kali dikeluarkan oleh ahli parlimen bebas Wee Choo Keong, bukan beliau seorang sahaja patut disaman.

azlan "Jika mereka hendak ambil tindakan pada saya, mereka patut juga ambil tindakan padanya.

"Tetapi semua orang tahu siapa di belakang perlombongan pasir haram ini. Ia tidak mudah. Kenapa Ronnie Liu tiba-tiba melompat," kata Khir tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Ronnie, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan sebelum ini mengetepikan dakwaan Khir yang memetik kenyataan Wee.

Antara dakwaan itu, beliau mengadakan mesyuarat dengan samseng di pejabat exconya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS