Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
405 pemegang kad kredit diisytihar bankrap
Diterbitkan:  Aug 3, 2010 3:30 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Seramai 405 orang pemegang kad kredit diisytiharkan bankrap sepanjang tahun lalu berbanding pemegang kad seramai 3.2 juta orang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, bilangan mereka yang bankrap ini menurun berbanding 1,656 orang pada 2006.

Kata NONE nya, secara purata pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap hanya merangkumi 0.04 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit utama pada lima tahun yang lalu.

"Setakat akhir 2009, sejumlah 10.8 juta kad kredit telah dikeluarkan manakala bilangan orang yang memegang kad kredit adalah sebanyak 3.2 juta orang,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang ingin tahu bilangan keseluruhan pemegang kad kredit, pemegang kad kredit baru, pemegang kad kredit bermasalah dan bilangan mereka yang diisytiharkan bankrap disebabkan oleh masalah kad kredit untuk tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009.

Katanya tahap pinjaman tidak berbayar (NPL) kad kredit pula masih terkawal di mana pada akhir tahun lalu, NPL telah menurun kepada dua peratus berbanding 4.3 peratus pada akhir 2005.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS