Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir harap hukuman pesalah rogol dikaji
Diterbitkan:  Aug 2, 2010 3:45 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Kerajaan wajar pertimbangkan penggubalan undang-undang baru untuk pelaku jenayah rogol kerana undang-undang sedia ada sudah begitu lama dan keadaan sekarang pula jauh berbeza dari dahulu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir and rais yatim pc 190309 04 "Sekarang banyak pornografi dan gambar-gambar lucah mudah didapati oleh semua orang, jadi apabila mereka lihat gambar ini mereka boleh hilang akal, sehingga tidak tahu yang baik dan yang buruk,"  katanya ketika mengulas cadangan  umum yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pelaku jenayah  rogol.

Dr Mahathir sebelum itu menyampaikan ucap utama pada Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru Pendidikan Islam dan warga  Perkim peringkat Zon utara di Kompleks Tabung Haji di Georgetown. Beliau adalah Yang Dipertua Perkim.

Pendapat umum itu merupakan maklumat balas yang diperoleh daripada cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh  yang meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

nurin jazlin jazimin kidnapped murdered child 210907 funeral Mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi  kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Dr Mahathir berkata kerajaan juga boleh mengambil tindakan dengan membuat sekatan terhadap kemasukan gambar-gambar lucah di  laman siber dan meminta masyarakat antarabangsa supaya tidak memuat naik bahan berkenaan.

"Dahulu kita larang, walaupun kita tiada kuasa undang-undang  di Internet tetapi daripada segi teknologi, kita boleh padam semua bahan seperti itu.

"Sekarang ini apa yang menjadi pengaruh luar telah jadi pengaruh dalaman," katanya.

- Bernama

ADS