Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan upacara memasang lilin secara serentak di seluruh negara untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang genap 50 tahun usianya pada 1 Ogos ini.

NONE Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat, upacara memasang lilin itu akan diadakan di semua ibu negeri pada tarikh tersebut.

"Tidak akan ada sebarang tindakan agresif di pihak GMI tahun ini kerana kami sedang cuba meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat.

"Perhimpunan mendesak pemansuhan ISA yang diadakan pada 1 Ogos tahun lalu telah menghasilkan impak yang besar," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Bercakap dalam satu sidang media di ibunegara hari ini, beliau berkata, pihaknya mahu impak kali ini lebih besar lagi dan berpanjang selama lebih dari satu tahun.

Menurutnya, kira-kira 100,000 risalah mengandungi maklummat mengenai akta tersebut, akan diedarkan di seluruh negara pada pada hari yang sama.

Syed Ibrahim berkata, pihaknya juga akan menemui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mendapat kebenaran untuk memasang papan tanda dan mengenai ISA.

[Baca berita penuh]

 

 

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS