Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian pelajaran digesa supaya segera membatalkan arahan yang mengharamkan pembentukan persatuan keagamaan bukan Islam di sekolah kebangsaan.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05 Anggota jawatankuasa MCA pusat Loh Seng Kok dalam satu sidang akhbar hari berkata isu berkenaan menjadi masalah serius, terutama di sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Katanya, setakat ini hanya persatuan agama Islam sahaja yang disenaraikan dalam satu garis panduan pengurusan ko-kurikulum yang ditetapkan kementerian.

Tambahnya, kementerian perlu segera menghentikan interpretasi yang bercanggah dalam melaksanakan dasar ko-kurikulum.

Loh turut menggesa supaya layanan adil diberikan, termasuk dengan membenarkan persatuan bukan Islam dimasukkan dalam garis panduan berkenaan.

Isu tersebut mula menjadi perhatian apabila sebuah akhbar bahasa Inggeris pada awal bulan ini melaporkan mengenai pembubaran Persatuan Buddha, Hindhu dan Kristian di Sekolah Tinggi Klang.

Guru ditukar

Beberapa pihak mengemukakan pandangan bahawa isu tersebut timbul berikutan kesalahan dalam mentafsirkan surat pekeliling Bil.20/2000 yang diedarkan Kementerian Pelajaran pada tahun 2000, yang menyebut semua persatuan di sekolah perlu didaftarkan dengan jabatan pelajaran negeri.

Pada 13 Julai, timbalan menterinya Datuk Wee Ka Siong dilaporkan berkata, pentadbiran Sekolah Tinggi Klang telah membuat tafsiran yang salah ke atas kandungan pekeliling berkenaan.

bar council and religions Pekeliling berkenaan menyatakan bahawa persatuan agama bukan Islam yang dibentuk sebelum tahun 2000 tidak perlu dibubarkan.

Bagaimanapun, Loh berkata semua persatuan perlu diberikan layanan yang adil dan saksama, tanpa mengira tahun pembentukannya.

Katanya, isu berkenaan kini sangat serius kerana ada guru yang ditukar ke sekolah lain kerana aktif dalam kegiatan agama Kristian di sekolah mereka.

Guru yang berpengalaman mengajar selama 30 tahun itu berkata tidak ada alasan diberikan atas arahan pertukaran tersebut.

"Pada tahun 1998, saya sendiri menerima satu arahan daripada bekas pegawai atasan saya yang mahu hentikan semua kegiatan komuniti Kristian di sekolah. Apabila saya minta diberikan sebab, saya tidak diberikan satupun (sebab)," katanya

Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil guru dan juga pemimpin keagamaan termasuk timbalan presiden Persatuan Penganut Buddha Malaysia Loh Yit Phing, presiden Persatuan Buddha Subang Jaya Raymond Low dan setiausaha eksekutif Persekutuan Penganut Kristian Malaysia Tan Kong Beng.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS