Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjangka isu pertemuan pemimpin PAS dengan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung soal kerjasama dan perpaduan dengan Umno, akan dibangkitkan dalam majlis munaqasah PAS Selangor Ahad ini.

Majlis munaqasah atau perbincangan itu, diadakan oleh semua PAS negeri untuk membincangkan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu.

NONE "Kalau tak ada orang bangkit, saya akan bangkitkan," kata Khalid ketika ditanya mengenai isu tersebut dalam satu sidang akhbar di pejabatnya pagi.

Semalam, ketika menulis dalam blognya, Khalid menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan mufti Perak itu.

Sebelum ini, Harussani mendedahkan terdapat pemimpin Umno dan PAS yang menemuinya berhubung usaha mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu.

Bagaimanapun tersebar di laman-laman blog dan menjadi buah mulut di kalangan pemimpin akar umbinya bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hasan yang juga exco kerajaan negeri sendiri setakat ini belum tampil mengesah atau menafikan dakwaan itu.

Khalid yang selesai penggantungannya sebagai anggota biro politik PAS hujung bulan ini berkata, perkara itu juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat biro berkenaan selepas ini.

'Lebih baik dia bersatu sekarang'

"Kalau benar, saya akan buat aduan kepada jawatankuasa pusat PAS kerana ini dikira melanggar keputusan muktamar," katanya yang juga yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam.

"Bagi saya lebih baik orang seperti ini bersatu dengan Umno sekarang daripada bersatu tiga hari sebelum hari mengundi (dalam pilihan raya)."

azlan Diminta mengulas berhubung dakwaan di blog bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu ialah pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali sendiri, Khalid enggan membuat sebarang spekulasi.

"Tanya dialah. Saya tidak boleh hendak mengesahkannnya," katanya sambil menegaskan penyatuan dengan Umno tidak boleh berlaku kerana kedua parti tersebut mempunyai dasar yang berbeza.

"Ahli PAS Melayu dan Islam. Ahli Umno Melayu dan Islam. Tetapi kedua-duanya mempunya dasar yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Khalid juga menjelaskan dalam munaqashah parti itu yang bakal dihadiri oleh kesemua wakil PAS kawasan di Shah Alam hujung minggu ini, beliau menjangkakan isu persediaan menghadapi pilihan raya mungkin dibangkitkan sekali lagi.

"Kalau ikut 'bahasa badan' Umno, nampak macam pilihan raya tak lama dah," kata pemimpin PAS yagn terkenal dengan kelantangann itu.

Menurutnya, dalam membincangkan persediaan bagi tujuan itu, kemungkinan idea supaya pembubaran DUN Selangor tidak dilakukan serentak dengan parlimen akan dibincangkan.

"Kalau berjaya (jadi kenyataan), kita mungkin lihat trend baru, ikut (pilihan raya DUN) Sarawak," katanya.

ADS