Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Cuci tangan' bertentangan federalisme
Diterbitkan:  Jul 21, 2010 11:35 AM
Dikemaskini: 4:28 AM

Kerajaan negeri Selangor menyesali tindakan kerajaan persekutuan cuba "mencuci tangan" dalam menangani jenayah curi pasir kerana ia bertentangan dengan konsep federalisme.

faekah husin Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang terus memberikan kenyataan salah berkaitan perlombongan pasir dan kecurian mineral itu.

"Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung.

Tambahnya, kritikan seperti itu boleh dilihat melalui tindakan ADUN Sementa Datuk Abdul Rahman Palil yang mengecam beliau kerana meminta kerajaan persekutuan campur tangan dalam membantu Selangor membanteras pencurian pasir.

"Kita maklum sememangnya budaya politik Umno sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang.

" NONE Namun kenyataan ADUN Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai  undang-undang negara ini,"

 

"Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan kerajaan persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri," katanya lagi.

Jelasnya, perlembagaan persekutuan dengan jelas memperuntukkan tanggungjawab ke atas kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri.

"Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan kerajaan negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

" azlan Kerajaan negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar," katanya lagi.

Tambahnya, hasi daripada pasir tersebut yang meningkat sehingga RM15.3 juta sehingga pertengahan tahun ini, digunakan kerajaan negeri untuk membiayai program kebajikan termasuk Tabung Warisan Anak Selangor dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

"Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun," katanya lagi.

ADS