Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendapati tiada sebarang penganiayaan dilakukan terhadap pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan Istana Negara baru yang sedang dalam pembinaan.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu tidak menolak kemungkinan penganiayaan mungkin berlaku kerana pihaknya tidak dapat memeriksa tapak berkenaan serta-merta.

"Ki new istana palace ta cuba menyiasat dakwaan ada pekerja yang tidak dibayar gaji tetapi gagal mendapat maklumat yang sahih, kerana pemeriksaan yang dijalankan telah dilenggahkan.

"Kami akan menulis kepada agensi berkaitan bagi memastikan pada masa depan, pemeriksaan dan siasatan tidak akan terganggu,” kata pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah hari ini.

Suhakam hanya berjaya memeriksa tapak pembinaan itu Khamis lalu selepas mendapatkan kerjasama daripada Kementerian Kerjaraya.

Pada awal bulan ini, Suhakam dilarang daripada memasuki premis itu ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

NONE Pasukan itu yang terdiri daripada empat anggota termasuk dua pegawai Suhakam dan pesuruhjaya James Nayagam, serta Muhammad Sha’ani - ditahan oleh pengawal keselamatan.

Suruhanjaya itu mengambil keputusan melawat tapak berkenaan berikutan bidasan orang ramai mengenai nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur itu seperti yang disiarkan oleh The Star pada 27 Jun lalu.

Antara yang membimbangkan Suhakam adalah kerana terdapat dakwaan yang kanak-kanak pekerja asing itu tinggal di kawasan yang sempit, kotor dan dinafikan hak mendapat makanan.

Siasatan tergesa-gesa

Menurut Muhammad Sha'ani, siasatan dijalankan pada waktu siang ketika pekerja menjalankan tugas kerana mereka tidak dibenarkan melawat pada sebelah malam.

"Kami bercakap dengan beberapa pekerja dengan tergesa-gesa dan menurut mereka tiada masalah,” katanya.

NONE Bagaimanapun, menurut beliau sub-kontraktor yang ditemui tidak dapat pasti sama ada penyelia yang disebut sebagai ‘kepala’ benar-benar membayar gaji pekerja.

"Kepala boleh hilang atau membayar pekerja jumlah yang kurang tanpa pengetahuan sub-kontraktor,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan pekerja di tapak itu, Muhammad Sha'ani berkata antara lapan hingga sepuluh pekerja tinggal di kabin kontena. Mereka juga mempunyai kemudahan bilik air dan tempat memasak.

Suhakam bagaimanapun tidak dapat menentukan jumlah sebenar pekerja di tapak itu tetapi sub-kontraktor menjangkakan jumlahnya 400 orang.

Suruhanjaya itu juga tidak menjumpai sebarang kanak-kanak di tapak berkenaan seperti yang didakwa oleh peguam yang mewakili pekerja itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS