Sarjan tentera udara yang menghadapi tuduhan terlibat dalam kecurian dua jet enjing pada 2007 kini bersembunyi ekoran dakwaan terdapat teman lamanya yang cuba mendapatkannya sebelum perbicaraan kesnya Isnin ini.
Menurut peguamnya N Surendran, beberapa kakitangan tentera udara - tiga lelaki dan seorang wanita - muncul di rumah N Tharmendran di Seremban semalam bertanyakan tentang "lapor diri ke kem".
"Ibu bapanya bagaimanapun berkata mereka tidak tahu di mana anaknya berada selepas meninggalkan rumah akhir-akhir ini untuk menetap di tempat lain," Surendran memberitahu Malaysiakini .
Tharmendran sebelum ini diikatjamin dengan RM50,000. Beliau dituduh mencuri - dan bersubahat mencuri - dua enjin jet daripada Pengkalan Tentra Udara Subang pada Disember 2007.