Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Barang naik: Kabinet pantau reaksi rakyat, pasaran
Diterbitkan:  Jul 16, 2010 5:21 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Kabinet akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berkaitan penyelarasan subsidi membabitkan bahan api dan gula yang diumumkan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha di Sepang.

lim kit siang parliament pc 201008 kong cho ha "Pada peringkat ini, secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi itu," katanya kepada media sebelum berlepas dengan penerbangan sulung Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bandung, iaitu destinasi keenam MAS ke Indonesia, hari ini.

Kong yakin kenaikan harga bahan api dan salah satu barang kawalan itu tidak akan membebankan rakyat.

Namun, beliau berharap peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang yang berkaitan.

"Pengurangan subsidi bukan saja mengurangkan beban kerajaan tetapi turut mengelakkan penyeludupan."

"Walau pun harga gula dinaikkan tetapi di Thailand gula berharga RM2.60, harga kita RM1.90 dan ia masih ada perbezaan. Singapura pula RM3.70... masih ada jarak yang besar antara dua negara ini."

Beliau berharap rakyat melihat penyelarasan ini dalam sudut yang positif.

sundry shop kedai runcit 250907 02 "Pengurangan subsidi adalah sebahagian daripada pengurusan perbendaharaan negara," katanya.

Ketika mengulas status permohonan AirAsia untuk mendapatkan laluan ke Sydney, Kong berkata "kementeriannya akan memberikan pertimbangan penuh terhadap syarikat penerbangan itu."

AirAsia dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan laluan itu selepas gagal pada percubaan pertama Jun lalu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS