Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rocket pula diberi surat tunjuk sebab
Diterbitkan:  Jul 13, 2010 5:43 PM
Dikemaskini: Jul 14, 2010 2:10 AM

Akhbar DAP The Rocket menjadi mangsa terbaru Kementerian Dalam Negeri yang memantau ketat penerbitan parti-parti pembangkang.

Petang tadi, dua pegawai KDN melawat ibupejabat DAP di Petaling Jaya dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor Rocket - versi bahasa Cina.

dap rocket newspaper tabloid 170507 Surat itu menuntut penjelasan mengapa parti itu meneruskan penerbitannya meskipun tempoh permitnya telah berakhir.

Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, Rocket besar kemungkinan juga menghadapi tindakan digantung.

Malaysiakini juga difahamkan akhbar DAP versi Inggeris berakhir bulan lalu manakala lesen untuk edisi versi Melayu dan Cina, masing-masing berakhir pada September dan November, tahun lalu.

Sabtu lalu, setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

NONE Namun, katanya KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Rocket.

Sebelum ini, dua lagi organ parti pembangkang, Suara Keadilan yang dimiliki PKR digantung manakala Harakah yang dimiliki oleh PAS diberi dua surat tunjuk sebab.

Usaha mendapatkan ulasan daripada pemimpin DAP juga tidak berjaya.

"DAP akan membuat kenyataan rasmi berhubung ‘surat’ daripada KDN, esok,” kata Pua dalam Tweeter.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS