Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selangor akan menyediakan satu kertas putih berkaitan kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation menjelang hujung tahun ini, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menjawab satu soalan lisan di DUN Selangor hari ini, Khalid berkata setakat ini Selangor telah berjaya mendapatkan aset tanah berjumlah RM290 juta dan juga tunai sebanyak RM50 juta.

azlan Hutang berkenaan kini berada di bawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI), katanya ketika ketika menjawab soalan daripada daripada Janice Lee (DAP-Teratai).

"Dewan lepas tetapkan Kumpulan Talam berhutang sebanyak RM392 juta kepada kerajaan negeri, itu yag kita terima untuk dimasukkan dalam akauan yang disatukan.

"Dewan tetapkan pengutipan hitang ini diletakkan kepada MBI untuk selesaikan. Dewan kata Kumpulan Talam berhutang sebanyak RM392 juta dan Talam bersetuju terima keputusan tersebut dan nyatakan dia berhutang dengan kerajaan negeri dan selesaikan melalui MBI.

"Sekarang proses penyelesaian hutang. Talam telah bersetuju untuk serahkan aset-aset kepada MBI supaya sama ada dijual atau diperap supaya dapat selesaikan hutang RM392 juta itu," katanya.

Katanya lagi, Kumpulan Talam juga dimaklumkan bahawa Selangor akan mengambil lebih banyak tanah daripada syarikat tersebut sekiranya dengan jumlah berkenaan tidak mencapai jumlah RM392 juta itu.

Tambahnya lagi, kerajaan akan menjual tanah yang diperoleh daripada Kumpulan Talam itu dengan harga tender sehingga RM12 sekaki persegi selepas diwujudkan pelan pembangunan bagi tanah berkenaan.

MB: Kalau sayang, kena tulis sayang

Ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Muhammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras), Khalid berkata:

"Saya memang menunggu permintaan tersebut (kertas putih) sebab saya nak tulis satu kes lagi macam mana tanah ini beri sewenang-wenangnya kepada orang.

khalid ibrahim "Kertas putih yang dikehendaki mesti sudah ada perjanjian yang kita lakukan (dengan Kumpulan Talam). Sekarang kita sedang kumpul perjanjian tersebut.

Tambahnya, beliau memerlukan masa untuk meneliti keputusan yang dibuat oleh exco Selangor berkaitan tanah yang diberikan kepada Kumpulan Talam sebelum ini, bagi menghasilkan kertas putih tersebut.

"Saya dapati banyak yang dinyatakan tidak ditulis dengan baik. Keputusan exco (sebelum ini) agak terlalu longgar, dipersetujui untuk diberi kepada orang ini, sebabnya tak ada.

"Kita nak beritahu kepada rakyat mengapa beri kepada Kumpulan Talam. (Kalau) sayang kepada Talam, kena tulis sayang," katanya.

Tambahnya, kaedah yang dilakukan dalam mendapatkan semula hutang tersebut daripada Kumpulan Talam juga akan diperiksa oleh Jabatan Audit Negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS