Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN buat laporan polis Suara Keadilan terus diterbit
Diterbitkan:  Jul 13, 2010 9:53 AM
Dikemaskini: 2:22 AM

Satu laporan polis telah dibuat berikutan pihak penerbitan "Suara Keadilan" terus mengeluarkan penerbitannya semalam walaupun permit mingguan itu tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lalu

azlan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam kenyataan media, berkata laporan berkenaan telah dibuat pada pukul 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Katanya, laporan polis itu dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

"Seperti umum sedia maklum, permit "Suara Keadilan" telah tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas dan sehingga kini pihak penerbitan masih gagal mengemukakan jawapan atau penjelasan atau penjelasan kepada dua lagi surat Kementerian Dalam Negeri.

NONE "Malah, pihak penerbitan Suara Keadilan telah berkali-kali mencabar kerajaan dan masih terus juga mengeluarkan penerbitan," katanya.  

Semalam, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan".

Edisi "Keadilan" yang diedarkan percuma kepada umum dilihat masih memainkan su Felda walaupun "Suara Keadilan" kini berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak M200 juta ekoran penyiaran berita "Felda Bankrap" yang dianggap fitnah.  

    

- Bernama

ADS