ADS
mk-logo
Berita
Kertas siasatan Aminulrasyid ke pejabat DPP
Diterbitkan:  Jul 12, 2010 9:38 PM
Dikemaskini: 1:48 PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kertas siasatan berhubung kes remaja Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis pada 26 April lalu telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Isu sama ada suspek telah melakukan kesalahan atau tidak terletak di bawah bidang kuasa mahkamah.

NONE "Oleh yang demikian, tidak wajar bagi kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan sebelum kes tersebut diputuskan oleh mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat hari ini.

Kit Siang ingin tahu mengapa kerajaan tidak meminta maaf secara rasmi kepada keluarga Aminulrasyid di Shah Alam dan mengapa siasatan hanya dilakukan oleh Panel Khas diketuai Timbalan Menteri dan bukannya suatu siasatan terbuka.

Hishammuddin berkata, beliau “setakat ini berpuas hati bahawa siasatan yang dijalankan adalah telus dan telah diselesaikan dalam tempoh singkat.”

ADS

Beliau berkata, Panel Khas yang ditubuhkan memantau secara langsung proses penyiasatan dijalankan oleh polis bagi memastikan siasatan adil, telus, tidak tertangguh dan menjamin keadilan kepada semua pihak terlibat.

Panel turut meneliti prosedur penggunaan senjata api oleh polis dan prosedur-prosedur lain berkaitan dengan operasi, penugasan polis dan seterusnya membuat syor bagi menambah baik prosedur berkaitan.

"Sehubungan itu, dakwaan bahawa Panel Khas ini menjalankan siasatan secara dalaman adalah tidak benar. Panel ini hanya memantau proses siasatan yang dijalankan oleh polis,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS