Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Deepavali: K'jaan diminta beri cuti umum 2 hari
Diterbitkan:  Jul 11, 2010 1:39 PM
Dikemaskini: 11:11 PM

Seorang anggota perwakilan MIC hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kepada dua hari cuti umum sempena sambutan Deepavali bagi membolehkan kaum India meluangkan masa bersama keluarga.

    

N Thevar dari MIC Teluk Intan berkata cuti itu juga diperlukan untuk pelajar kerana perayaan itu lazimnya disambut sejurus sebelum peperiksaan penggal akhir persekolahan.

    

"Selalunya peperiksaan diadakan selepas perayaan ini, jadi mereka tidak dapat menumpukan pelajaran dan merayakan Hari Deepavali," katanya di perhimpunan agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

    

Naib presiden MIC Datuk S K Devamany, yang menyokong cadangan itu, berkata cuti umum perayaan itu sewajarnya diselaraskan sama seperti cuti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

    

"Banyak masa yang kami perlukan... Pagi kami perlu bersembahyang di kuil, kemudia melayan tetamu, meluangkan masa dengan keluarga. Oleh itu, satu hari (cuti umum) tidak cukup," katanya.

- Bernama

ADS