Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin MIC hari ini diingatkan supaya tidak lagi menggunakan akhbar bahasa Tamil untuk menyerang antara satu sama lain, kata pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya diamalkan memandang masyarakat India merupakan komuniti minoriti yang berjumlah hanya 9.8 peratus daripada penduduk negara.

"Ini ada tiga suratkhabar India asyik bantai sana sini... Hari ini bantai sana, dua tiga hari kemudian yang sana bantai yang sini, tidak habis-habis," katanya tanpa menamakan individu terbabit.

"Anda sebenarnya memusnahkan satu sama lain, anda memusnahkan BN," tambahnya.

Akhbar tersebut, kata Najib sepatutnya digunakan untuk menyatukan masyarakat India dengan menerangkan bagaimana dasar kerajaan boleh membantu mereka, kata perdana menteri.

Ketepikan kasta

"Sebaliknya, kata dia tak betul, dia tak betul, akhir sekali BN runtuh. Inilah yang berlaku dalam pilihan raya umum yang lepas," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri menggesa semua pemimpin BN agar berganding bahu untuk berkhidmat kepada kaum India memandangkan bekerja secara bersama-sama merupakan

satu-satunya cara untuk melakukan yang terbaik.

Beliau turut berjanji untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum India Malaysia menerusi Jawatankuasa Kabinet.

Dalam mic agm, samy vellu, najib razak ucapannya itu ketika merasmikan perhimpunan agung MIC ke-64 hari ini, Najib juga berkata MIC perlu mengenepikan politik berasaskan kasta bagi menjamin perubahan kepemimpinan parti.

Katanya, MIC sebaliknya perlu memilih pemimpin berdasarkan kemampuan sesorang calon dan bukannya berasakan taraf atau kasta seseorang.

"Kata tidak sepatutnya menjadi kayu pengukur dalam memilih pemimpin. Pilihlah mereka berdasarkan keupayaan, tidak kiralah (kasta) mereka atas sikit atau bawah sikit," katanya.

'Tak mahu kalungkan bunga'

Tambahnya, beliau mengetahui terdapat pemimpin parti itu yang tidak mahu mengalungkan bunga kepada pemimpin lain yang berasal dari kasta lebih rendah.

Katanya lagi, sikap seperti itu perlu ditinggalkan untuk menjamin perubahan bersama di dalam BN.

"Kita tidak amalkan (kasta) di dalam Umno. Kita ada anak penoreh getah, anak nelayan yang menjadi menteri besar," katanya lagi.

Katanya lagi, BN juga sanggup membantu MIC bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya seperti isu melibatkan Maika Holdings.

"S mic elections 120909 palinivel mobbed emua pemegang saham akan mendapatkan semula duit mereka. Kita sedang melakukan proses ini.

"Tidak semua masalah boleh diselesaikan oleh MIC. (BN) mesti bantu MIC selesaikan. Kita tidak boleh letakkan kesemua kesalahan kepada Samy Vellu," katanya.

Namun, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan masuk campur dalam masalah melibatkan krisis kepemimpinan dalam parti itu.

"Janganlah berbalah dan memusnahkan MIC. Pilihlah pemimpin anda supaya ia lebih kuat dan dihormati oleh masyarakat India.

"MIC ada lebih daripada 3,000 cawangan. Tanyalah diri sendiri bagaimana anda boleh menjadi pemimpin yang lebih efektif kepada komuniti.

"Janganlah terbawa-bawa dengan politik dalaman," katanya lagi.

Dalam pada itu juga, Najib menyeru MIC supaya bekerjasama dengan "kumpulan NGO yang baik."

"Bekerjasamalah dengan mereka. Jangan ketepikan mereka. Kalau saya boleh bekerjasama dengan mereka, mengapa anda tidak boleh," katanya lagi tanpa menamakan golongan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS