Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat tolak usul 'Deepak, Rosmah taja Bala'

Usul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - ditolak.

Usu NONE l itu ditolak mengikut peraturan mesyuarat dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul yang boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.

Dalam usulnya itu Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.

“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.

"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” tulisnya dalam usul itu.

Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara.

“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“L altantuya razak baginda crime scene 180707 police ebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” tulisnya.

Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu dengan alasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penangguhannya.

Bagaimanapun Er tidak berputus asa supaya usulnya itu terus dibahaskan dan beliau  memfailkannya sekali lagi pagi ini.

"S NONE aya failkan usul itu lagi pagi ini dan pegawai dewan memaklumkan bahawa usul saya adalah yang pertama pagi ini,” katanya.

Beliau berharap usul itu akan dibahaskan minggu depan kerana ia membabitkan isteri, perdana menteri.

"Khabar angin kini tersebar di internet, jadi kita perlu menjaga nama baik negara dan juga Rosmah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS