Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan Pemuda PAS merancang untuk mengumpulkan 10,000 penyokong bagi menyertai konvoi ke Genting Highlands di bawah kempen 'Tak Nak Judi'.

genting highland Ketua pergerakan itu, Nasrudin Hassan berkata program itu dirancang diadakan pada bulan September dan Oktober depan.

"Selepas ini sudah masuk Ramadhan yang sudah banyak diisi dengan program. Jadi kita rancang untuk buat pada pertengahan atau akhir Syawal.

"Kempen ini memerlukan mobilisasi ramai penyokong, jadi sesuai diadakan pada bulan Syawal," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasrudin berkata, peserta program itu akan ditugaskan untuk menyapa dan menerangkan keburukan tabiat berjudi kepada pengunjung Genting Highlands.

"Peserta yang berminat boleh mendaftar di pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat di Kuala Lumpur untuk mengikuti konvoi ini," tambahnya.

perlis anti gambling sports judi demo 280510 Bagaimanapun, ia masih di peringkat cadangan dan belum diputuskan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang menyelia kempen 'Tak Nak Judi'.

Difahamkan, GMJ akan bermesyuarat minggu depan bagi mengatur pengisian Kempen Tak Nak Judi, susulan kejayaannya melancarkan kempen itu pada hari Sabtu lalu.

Acara di Masjid Negara itu menarik kehadiran lebih 1,000 orang, termasuk wakil 60 NGO, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS