Ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini membidas kerajaan kerana membelanjakan terlalu banyak wang rakyat bagi dua projek ‘gajah putih’ di Putrajaya.
“(Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru) tidak ada fungsi dan dibina semata-mata untuk memuaskan fantasi (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad),” katanya di lobi parlimen.
“Perangkaan...menunjukkan purata 20 pengunjung yang melawat Astaka Morocco setiap hari, jumlah itu terlalu kecil berbanding dengan jumlah wang yang dibelanjakan.”
Menjawap soalan Liew di Dewan Rakyat, sebelum itu, Timbalan Menteri, Wilayah persekutuan, Datuk M Saravanan berkata Astaka Morocco dibina pada kos RM20 juta dan RM250,000 dipibelanjakan setiap tahun untuk penyelenggaraannnya.
Ini termasuk ‘pembersihan khas’ untuk kolam dan juga tulisan khas yang dipamerkan di dinding serta ukirannya di pintu. Tahun lalu, 8,500 melawat monumen berkenaan.
Saravanan berkata Monumen Alaf Baru yang dirasmikan pada 2003, pula menelan perbelanjaan RM21 juta untuk dibina dan kos penyelengaraannya pula adalah RM93,000 setiap tahun.
Bagaimanapun kementerian tidak mengetahui jumlah pengunjung ke monumen itu kerana ia terletak di kawasan yang terbuka.
Menurut Saravanan, kedua-dua monumen berkenaan dibina bagi menarik orang ramai mengunjungi Putrajaya manakala Monumen Alaf Baru dikatakan mempunyai nilai sejarah.
“Memandangkan kedua-dua monumen itu telah dibina, adalah lebih baik ia dijadikan tempat untuk rakyat. Sebagai contoh, artis boleh mempamerkan seni dan bakatnya di sini. Sekarang ini, tempat ini dibiarkan kosong,” katanya.
Liew juga menggesa kerajaan supaya berunding semula dengan Putrajaya Holdings, yang sekarang ini menyaksikan kerajaan terpaksa membayar RM1 bilion setiap tahun untuk bayaran sewa premis berkenaan.
“Ini hampir 0.5 peratus daripada bajet tahunan yang digunakan hanya untuk sewa, tidak termasuk penyelenggaraan, hanya kerana bagi memenuhi fantasi seseorang,” katanya.
As taka Morocco, terletak di Taman Botani dan dibina bagi melambangkan keutuhan dipllomatik antara Malaysia dan Maghribi, khususnya berhubung rakyat dan kebudayaan kedua-dua negara.
Manakala Monumen Alaf Baru setinggi 68meter terletak di Precinct 2, Putrajaya. Rekabentuknya diambil daripada bunga raya dan melambangkan sejarah negara bermula daripada zaman kesultanan Melayu Melaka.