Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam dilarang masuk tapak istana baru
Diterbitkan:  Jul 6, 2010 2:12 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dilarang daripada memasuki tapak pembinaan Istana Negara baru yang sedang dalam pembinaan ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

new istana palace Menurut pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah, pasukannya yang terdiri daripada empat anggota termasuk dua pegawai Suhakam dan pesuruhjaya James Nayagam - ditahan oleh pengawal keselamatan.

Suhakam diberitahu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kontraktor terbabit sebelum dibenarkan melawat pada waktu malam.

“Kami telah menghubungi kontraktor berkenaan Maya Maju Sdn Bhd dan diminta menulis surat kepada pengerusi mereka. Kami menghantar surat kepadanya pagi ini untuk memberitahu kami akan melawat lagi pada jam 9 malam ini tetapi belum mendapat jawapan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Suhakam mengambil keputusan melawat tapak berkenaan berikutan bidasan orang ramai mengenai nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur itu seperti yang disiarkan oleh The Star pada 27 Jun lalu.

Antara yang membimbangkan Suhakam adalah kerana terdapat dakwaan yang kanak-kanak pekerja asing itu tinggal di kawasan yang sempit, kotor dan dinafikan hak mendapat makanan.

“Meskipun tiada aduan rasmi dikemukakan, kita mempunyai mandat dan tanggungjawab bagi memastikan pencabulan hak asasi manusia tidak berlaku,” katanya.

Lewat petang tadi, Muhammad Sha'ani memaklum Malaysiakini bahawa kontraktor berkenaan telah memberitahu Suhakam tidak akan dibenarkan melawat tapak itu pada malam ini.

"Suhakam akan cuba melalui saluran lain,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS