Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR akan terus menerbitkan Suara Keadilan walaupun ketidak-tentuan terus menyelubungi pembaharuan permit penerbitannya.

"Kami tidak pasti apa yang diperkatakan oleh kerajaan apabila diberitahu bahawa permit kami tidak diperbaharui tetapi tidak digantung. Apakah kami boleh menerbitkan Suara Keadilan sementara keputusan dibuat,” soal pengarah strategi PKR, Tian Chua.

NONE Menurut ahli parlimen Batu itu, ini satu lagi keputusan ’ flip flop ’ kerajaan BN.

Permit akhbar tabloid itu yang dikeluarkan pada Julai 2009 tamat tempohnya pada 30 Jun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen penerbitan tidak berpuas hati dengan penjelasan ketua editor, Suara Keadilan , Dzulkarnain Taib berhubung penjelasannya mengenai sebuah artikel yang mendakwa Felda bankrap.

"Setakat 1 Julai, penernitan itu tidak lagi sah dan dengan demikian tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan...menurut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,” kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad.

Semalam dalam satu kenyataan media beliau menjelaskan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu.

"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.

azlan Katanya kenyataan yang mengatakan kementerian telah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Mengulas perkara itu, Chua berkata: “Pada asasnya, tiada perkembangan. Kerajaan masih tidak memberikan kedudukan sebenar. Justeru, kita akan meneruskan penerbitan dan tidak akan memberhentikannya.”

“Maksud saya, tiada sebab untuk berhenti, seperti yang diperkatakan sebelum ini, kita adalah akhbar yang dimiliki oleh pembangkang. Tiada sebab untuk memuja ataupun memuji kerajaan tetapi sebaliknya memberi pandangan yang kritikal - itu kerja kita.

"Jadi, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan yang kita mencemarkan imej atau nama baik kerajaan sebagai sebab untuk menamatkan penerbitan kami,” katanya.

Katanya, kelewatan pembaharuan permit adalah ‘kes lazim’ dan ia berlaku kepada kebanyakan syarikat lain dan PKR akan menerbitkan edisi Suara Keadilan minggu ini.

"Biasanya, apabila lesen tamat, penerbitan belum memperbaharuinya. Tetapi ia tidak bermakna mereka (KDN) telah mengahramkannya,” kata Chua.

Naib presiden PKR, Lee Boon Chye sebelum ini pernah berkata dengan atau tanpa permit, mereka kan terus mencetak akhbar berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS